Monday, March 03, 2008
/// 5:32:00 PM
Sandaran Hatiku, Ku Merinduimu..
Yakinkah ku berdiri, di hampa tanpa tepi? Bolehkah aku mendengarmu?
Terkubur dalam emosi, tanpa bisa bersembunyi.. Aku dan nafasku merindukanmu.
Terpuruk ku disini, teraniaya sepi.. Dan ku tahu pasti, kau menemani dalam hidupku, kesendirianku..

I miss you.
Kau datang dan sekarang kau telah pergi.. Semua ku terima, apa adanya. Mata terpejam dan hati menggumam, di ruang hati kita bertemu.
Meskipun kau telah pulang beberapa jam sebelum ni, meskipun pada zahirnya baru sahaja kita mengucapkan selamat tinggal, tetapi aku sudahpun merasakan kerinduannya.. Sekarang yang kau jauh, tiada di pandangan mataku, dan tiada jelas suaramu kedengaran.. Pada waktu inilah ku sedar akan kepentingan kau didalam hidupku.
Betapa lama harusku tunggu sehingga ku dapat bertemu dengan kau lagi? Ketidakhadiran kau menyepikan suasana.. Aku berharap kau akan selamat tiba di sana, dan apabila tiba masanya untuk kau datang ke sini, pulanglah. Aku tetap menunggu.
Selamat tinggal dan selamat sampai.. Ingatku dalam doamu dan hari harimu. Takdir akan menentukan masa depan kita, dan jikalau kita dapat berjumpa lagi di suatu hari nanti.. InsyaAllah, k.
Sehingga nanti,
Wassalam.
CLICK AWAY
The Memories