Sunday, October 16, 2005
/// 7:43:00 PM
Seorang wanita muslimah mempunyai beberapa ciri-ciri.
1. Penyabar. Walaupun kadangkala akan memarahi, atau hilang sedikit kesabaran, namun dia akan tetap kembali tenang.
2. Lemah-lembut. Walaupun segelintir wanita-wanita pada zaman ini tegas dan penuh dedikasi untuk menyelesaikan tugas sehariannya, namun dalam diri setiap wanita itu harus ada kelembutannya. Seperti tidak bebual dengan sekuat-kuat hatinya walaupun hanya di antara dirinya dan seorang insan yang lain.
3. Menutup aurat, bukan setakat keluar bersama ibu bapanya sahaja, tapi di mana-mana jua dia berada. Memakai selendang adalah kewajiban semua wanita muslimah. Ia bukan satu tren untuk memakai bila dia mahu, dan bila dia tidak mahu.
Agama bukanlah untuk dipermainkan.4. Dapat mengimbangi kerja-kerja sehariannya. Ya, memang tugas kita orang perempuan untuk memngemas rumah, dan memasak sedikit sebanyak, tapi itu bukanlah alasan untuk tidak pergi ke, atau menyelesaikan kerja sekolah (pelajaran adalah satu kewajiban). Walaupun banyak kerja duniawi, ilmu dan kerja-kerja uhkrawi jangan di lupa. Solah adalah kewajiban setiap mukmin. Jikalau kamu ada pilihan untuk melakukan sesuatu perkara yang akan meninggalkan solahmu, usahlah kamu lakukan perkara itu. Tiada alasan yang dapat kamu berikan. Ilmu ukhrawi WAJIB di pelajari, paling 'busuk' pun, dalam 40 hari sekali. Jikalau tidak, semakin jauh lah kamu dari Allah.
Ciri-ciri wanita muslimah ada lebih daripada ini, dan saya akan mempelajari tentangnya dengan lebih dalam lagi.
Fikirkanlah, pemudi dan pemuda se-Islam, apa yang kamu harus lakukan untuk menjadi lebih baik keesokan hari, dan hari-hari yang akan datang. Ingat, jika kamu rasa kamu baik, ada jauh lebih banyak perkara yang kamu harus memperbaiki tentang dirimu.
All good comes from Allah, all other bad deeds is a fault of our own.- Just partly a slight elaboration and knowledge from my every Saturday religious classes.
- Buat renungan semua.
- InsyaAllah, akan aku kongsi ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawiku sebanyak mana kemampuanku. Mudah-mudahan, kita semua dapat melakukannya, dan menjadi insan yang lebih baik, pada hari hari yang akan datang.
'Ilalikok.'
CLICK AWAY
The Memories