Sunday, February 20, 2005
/// 2:13:00 PM
Selamat Tinggal Temanku Yang Sejatiwalaupun kita belum pernah bersua
walaupun hanya teman di internet sahaja
sudah cukup aku mengetahui
bahawa dirimu seorang yang baik hati
belum sempat kita mengenali lebih mendalam lagi
belum sempat ku ucapkan kata-kata gembira padamu
abang sedara serta kakakmu berkata padaku,
"Dia telah pergi jauh dari kami.."
terasa sempit di dadaku ini
seolah nafasku tiba-tiba terhenti
hendakku percaya, tapi hati ini tak dapat nak terima
marah, sedih, semuanya terjadi..
lebih dua bulan setelah perkara itu terjadi
aku masih mencari
bukti-bukti adakah berita yang ku terima waktu itu
satu permainan ataupun kebenaran
bahawa kau telahpun pergi
seperti sebuah mimpi seram
bukti yang ku cari telahpun ditemui
dan jawapan yang ku dapati
bukanlah yang ku harap-harapkan
kawanku yang sejati benar-benar telah jauh me
mbawa diri
sebak di dada mencengkam di dalam jiwa
pasrah; ku ketakutan, kebingungan dan kesedihan
tak tertahan lagi perasaan serba keresahan ini
air mata jernih berlalu turun
me
mbasahi pipiku ini
ingin ku lari mencari kau lagi
namun ku tahu ia tiada mengerti
masih menangis, meraung di dalam hati
aku berdoa Allah akan mencucuri rahmat
ke atasmu, rakanku yang aku kasihi..
Al-Fatihah kan ku pohon padamu
sebagai utusan ingatanku terhadap dirimu
aku sentiasa merinduimu
walaupun jauh di mataku, namun sentiasa
dekat di hati ini..
selamat tinggal temanku yang sejati
kesepian tanpamu disisi amatlah dirasai
aku berharap suatu ketika nanti
kau akan kutemui jua
selamat tinggal rakanku khalis..
salam sayang dariku, Nurul Ain.
CLICK AWAY
The Memories